Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

8.11.10

PANAS :ZAID BERUNDUR..PKR DI AMBANG KEHANCURAN??


[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Nov - Sambil mendakwa sudah tidak lagi diperlukan oleh kepimpinan parti, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghantar notis rasmi memaklumkan yang beliau sudah pun menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

“Mengapa harus saya berbuat demikian? Saya sudah pun membuat pengumuman dalam blog saya. Itu sudah cukup bagus.

“Jika saya tidak menghantar notis (rasmi), apa yang mereka akan lakukan,” tanya Zaid ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
.........
Saifuddin menjelaskan, Zaid perlu menghantar notis rasmi kepada parti berhubung perkara tersebut.

Katanya, parti tiada rancangan untuk mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid menarik diri daripada bertanding ataupun dakwaannya bahawa wujud manipulasi dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.

Dalam komen susulan tengah hari ini, Zaid berkata, beliau tidak mahu menulis kepada parti mengenai keputusannya memandangkan aduan-aduan sebelum ini mengenai kecacatan proses pemilihan tidak diambil tindakan.

“Apabila saya menulis kepada mereka mengenai kecacatan dalam pemilihan, adakah mereka respons kepada saya?

“Saya sudah pun membuat aduan saya, tetapi mereka tidak bertindak ke atas aduan itu.

“Jadi, mengapa perlu saya membalas kepada mereka sekarang? Mereka boleh bermain mengikut apa jua cara yang mereka suka,” kata beliau yang sejak Julai lalu diberi tanggungjawab mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Zaid menambah, dari awal lagi beliau sudah pun mengemukakan aduan kepada parti menggesa kepimpinan menghentikan kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam proses pemilihan.

“Bermula dari hari pertama, saya mengatakan kita harus menghentikan ini. Jadi, bukannya saya tidak mengatakan apa-apa langsung.

“Walaupun saya mendahului saingan, saya masih mahukan perkara ini dihentikan.

“Saya tidak mahu menang dalam saingan macam ini,” kata Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik, kedua-dua jawatan turut dilepaskannya hari ini.

Zaid mengakui keputusannya itu meletakkan para penyokong beliau dalam kekecewaan termasuk dirinya sendiri kecewa dengan apa yang berlaku.

Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah “merajuk” kerana bukan lagi mendahului saingan.

Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.

“Jika saya kalah kemudian, mereka akan mengatakan sesuatu. Jika saya menang (pun), mereka akan kata sesuatu.

“Kita tidak boleh menghalang orang daripada membuat spekulasi, membentuk pendapat mereka mengenai saya. Apa saya boleh buat?,” katanya.

Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.

“Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi,” kata beliau dalam nada ‘suram’.

“Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang,” kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.

“Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang,” katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Zaid juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.

1 comment:

puakPas said...

ayo yo! merajuk pula orang tua ni,
macam dr. Madey, siapa yang nak pujuk?. bagaimana dgn zoonordin?.
Kita nak tanya, adakah si zaid ini masuk PKR kerana nak jawatan Tim Presiden?. Kalau tak dapat jawatan tersebut zaid akan merajuk dan meracau.
Zaid mesti sedar siapa beliau?. baru masuk dua tiga hari dalam PKR, nak dakap gunung, mana orang percaya. Tengah orang meredah hutan dan memijak duri untuk menghidupkan PKR, dimana si Zaid ni?. Sejak beliau bersaman dgn PKR, apakah jasa dan sumbangan beliau untuk melebarkan PKR?.
Kalau beliau menyertai mana-mana parti kerana nak jawatan Tim. Presiden, susahlah dunia ini. Hanya jawatan Mursyid am dan Tim, mursyid am PAS yang tidak dipertandingkan, tapi mustahil majlis syura PAS ingin menghadiahkan jawatan tersebut kepada Zaid.
Kalau nak sesuatu jawatan dalam parti mesti bertanding, kalau kalah kita merajuk, ini adalah perangai kebudak-budakan. Kalau kita kalah, kita tuduh semua orang bencikan kita, kita tak pernah fikir kenapa orang menolak kita.
Nasib baik zaid tak menang jawatan tim. Presiden PKR, kalau beliau menang, parti PKR akan jadi parti budak-budak. Dahlah PKR penuh dengan para katak, terpaksa pula dipimpin budak-budak. Kesian aku pada Anwar, ibarat "rebah dipintu pagar putrajaya".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...