Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

5.3.12

ISU KEDAH SELESAI, BUAT PERANGAI LAGI KETUK 'KAPLA' LA!


Pergolakan kepemimpinan di negeri Kedah berakhir hari ini dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbiran negeri berkenaan.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Pada sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.

Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada keputusan itu dianggap tamparan kepada Azizan, Phahrolrazi berkata perkara itu terpulang kepada interpretasi pemberita.

Sementara itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini.

“Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.

“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.

4 comments:

PenganutPAS said...

laaaaa camtu jer keputusan lepas dok meeting ( tanpa melibatkan bini orang ) sampai pukul 3 pagi

Pasal kontrak selenggara jalan pun nak kecoh satu dunia . Suka hati Menteri Besar lah nak bagi kat sapa pun . Tahniah Ostaz yang pilih kontraktor berdasarkan prestasi .

Rakyat boleh nampak hati perut puak-puak Islam Liberal dalam PAS ni . Dalam Al-Quran pun ada sebut , taati lah pemerintah . Orang dah nak lantik exco pun . Belakang mau buang pemerintah . Apa punya manusia macam ni . Semua gara-gara nak dapatkan kontrak selenggara jalan dan sumbangan kepada tabung parti . Korang boleh tunggu lepas PRU13 ni lah kalau nak sangat kuasa Menteri Besar tu . Gelojoh tak tentu hala . Parti Asyik Serabut.

emmmm nampaknya Kedah lepas ni dijajah oleh Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat lah lepas ni

Anonymous said...

ketuk kapla azizang "the degil man"....
kah...kah....kah....

Anonymous said...

penyokong pas

kepada pahrolrozie dah hantaq surat tak mau jadi exco sudahla apa duk bising2 lagi mana wala kepada pemimpin ..ingat lama dah almarhumustaz fadzil duk didik semasa dalam usrah..so pasai apa tak guna semua tu..nak jadi menteri besar pun sabarla sat selepas pru nanti..tapi ingat kita berjuang bukan nak jawatan so jagalah akhlak kita dalam berjamaah sepatutnya perkara ini diselesai secara dalaman kenapa perlu panggil pemberita awat nak tunjuk hebat baru Allah anugerah jadi exco berapa tahun dah berasa hebat sangat dah ..masalah di kawasan senfiri pun banyak tak selesai macamana nak pimpin negeri sepatutnya ada sifat sabar dan bantu ustaz azizan .ingat bukan senang nak mengeklkan kemenangan...Allahuakbar .dulupak aku pun yb juga

Anonymous said...

PRU-13 dah dekat tau.
Jangan dok gaduh2
Jangan nak buat kalut2...
Kuatkan parti...
Kuatkan sokongan rakyat...
Tarik pengundi yang atas pagar tu...
Tarik sokongan pengundi dari parti musuh...

Kalau kerajaan yang adapun kalut, hampa bercakaran, macamana parti nak kuat. Macamana nak tarik sokongan pengundi macam tu.

Ingat....
Kita nak menang dgn lebih cemerlang. Bukan di takok lama. Prestasi % pengundian pada PAS mesti meningkat. Itu terget sebenarnya.

Ni... nak boikot orang tu la, nak jatuhkan orang ni la....apa kejadahnya macam tu?

So,
Harap tumpukan perhatian pada PRU-13 yang dah hampir ni. Aku nak tengok prestasi yang lebih baguih dpd PRU-12 yang lalu. Kalau tidak hampa (PEMIMPIN2 YANG ADA) semuanya "GAGAL"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...