Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

4.3.12

TERKINI : KRISIS PAS DI KEDAH SELESAI DAN AKAN DI UMUMKAN HASIL KEPUTUSAN TIDAK LAMA LAGI!



ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi, telah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan "secara sebulat suara", kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub awal pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu yang diterima semua pihak akan diumumkan dalam waktu terdekat, kemungkinan tengah hari ini, pada sidang media khas.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sekitar jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang menunggu sejak 8 malam tadi dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan hari ini. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi ini, apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco pula berkata, biar Pas Pusat memberikan kenyataan terlebih dahulu.

Difahamkan kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak dipanggil untuk memberi hujah.

Kedua-dua pertemuan ini, sebahagian daripada usaha Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri, diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Dalam laporan awal Sinar Harian Online, disebutkan bahawa pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis, tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad. Banyak pihak meragui sama ada pertemuan misi damai akan membawa formula penyelesaian.

Dalam pada itu, antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal pada pertemuan kali ini di Seri Mentaloon ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Salahuddin serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz merupakan pemimpin dari Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pun begitu, Sinar Harian Online difahamkan hampir sebahagian besar ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah menghadiri pertemuan kali ini.

Pertemuan misi damai ini hanya bermula sekitar jam 10 malam tadi, lewat sejam berbanding maklumat yang diperoleh sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar untuk membuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama Seri Mentaloon.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pertemuan sejak 8 malam tadi juga melaporkan bahawa setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum. -SH

3 comments:

KulimBoy said...

kes Kedah tidak sepayah kes Hasan Jati, dimana kes Kedah melibatkan mereka yang sayang kepada parti. Sementara kes Hasan Jati melibat kelompok yang ingin cari helah untuk menentangkan parti.
YB Phorolrazi bangkit melawan MB Azizan kerana merasakan partinya terancam dengan tindak tanduk MB Azizan.
Sementara MB Azizan terasa bahawa beliau mempunyai kelemahan sendiri menyebabkan ahli PAS Kedah bangkit memprotes tindak tanduknya.
Pada asasnya, cerita YB memprotes MB tidak mungkin tersebar, jika PAS pusat bersikap cakna dan pro aktif. Kalaulah pimpinan PAS pusat tidak bersikap pekak badak, nescaya tiada siapa yang akan malu dan rasa bersalah. YB Paroralzi tidak perlu menjadi pemberontak dan MB Azizan tidak perlu menjdi seorang yang keras kepala.
Kes YB melawan MB tidak mungkin berlaku dalam masa dua tiga hari, bahkan sudak terbuku dihati sejak 2 tahun lepas. Akhirnya terpecah dan meletup apabila tidak dapat lagi ditahan dan dipendam. Bau bangkai yang pecah ini telah membusukkan parti PAS keseluruhannya. Bahkan imej kerajaan ulamak yang dilaungkan menjadi seperti hujan dimusim tengkujuh yang turuh tanpa dipeduli.
Jika PAS tumbang di Kedah, jangan sekali-kali telunjuk dihalakan kepada YB dan MB Kedah. Namun halakan betul-betul ke muka pimpinan PAS pusat yang lena dan tidur disiang hari.
"anak bergaduh bawa parang dan lembing, bapa boleh tersengih-sengih ditepi jalan".

hussin said...

say setuju dengan komen kulimboy. memang sejak 3/4 tahun selepas pertemuan dalam gelap dan kerajaaan perpaduan pas pusat dilihat amat lemah untuk bertindak. suka "dragging its feet" bila ada masalah. memilih untuk "sit on the report", tak tahu nak bertindak.

kalau bab cabar mencabar bagi kat depa. hari tu cabar mad said (bagi 3 hari supaya tarik balik tuduhan "pas ajaran sesat", habuk pun tarak!) ni cabar pulak hassan ali supaya bertanding atas tiket umno dan minta umno bagi laluan hassan ali bertanding atas tiket umno. hari tu cabar anwar bab israel. pemimpin pas ni macam tak tahu dasar pas. kalau tahu tak kan sibuk bagi kata dua pada orang luar dari pas? nak jagai tepi kain sendiri pun tak mampu terhegeh2 nak jaga tepi kain orang!

tolonglah ustaz2 pas woi. jangan jadikan pas parti sendirian berhad.

wallahu'alam

hussin said...

siapa agaknya liabiliti kepada pas? bukankah yang mahu kembali kepada perjuangan asal? seolah2 pas sudah terpesong. kritikan hassan ali terhadap pas telah dijadikan asas mahu kembali ke perjuangan asal? apakah pas sudah terpesong? boleh tak uztaz2 pas jelaskan di mana pas terpesong dan sejak bila?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...